Pada zaman
Rasulullah ada seorang pemuda yang sangat rajin beribadat bernama Al’Qomah.
Suatu hari, tiba-tiba dia jatuh sakit yang sangat teruk. Maka isterinya menyuruh
orang memanggil Rasulullah dan mengatakan suaminya sakit teruk dan dalam nazak
sakaratul maut. Apabila berita ini disampaikan pada Rasulullah, maka baginda
menyuruh Bilal r.a., Ali r.a. Salaman r.a. dan Ammar r.a. supaya pergi melihat
keadaan Al-Qomah.
Apabila mereka
sampai di rumah Al-Qomah mereka terus mendapatkan Al-Qomah, sambil membantunya
membacakan kalimah La-ilaa-ha-illallah
tetapi lidah Al-Qomah tidak dapat menyebutnya.
Ketika para sahabat
mendapati Al-Qomah pasti akan mati, maka mereka menyuruh Bilal r.a. supaya
memberitahu Rasulullah tentang Al-Qomah. Apabila Bilal sampai di rumah
Rasulullah, dia lantas menceritakan segala hal yang brlaku ke atas diri
Al-Qomah. Lalu Rasulullah bertanya kepada Bilal, “ Wahai Bilal, apakah ayah
Al-Qomah masih hidup?” Jawab Bilal r.a., “ Tidak, ayahnya sudah meninggal
tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya.
Kemudian Rasulullah
S.A.W. berkata kepada Bilal, “ Pergilah kamu bertanya ibunya dan sampaikan
salamku dan katakan padanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang berjumpa
ku. Kalau dia tidak dapat berjalan, katakan aku akan ke rumahnya.”
Maka apabila Bilal
sampai di rumah ibu Al-Qomah, lalu dia berkata seperti yang Rasulullah beritahu
kepadanya. Maka berkata ibu Al-Qomah, “ Aku lebih patut pergi berjumpa
Rasulullah.” Lalu ibu Al-Qomah mengambil tongkat dan terus berjalan menuju ke
rumah Rasulullah. Sampai di sana, lalu dia memberi salam dan terus masuk dan
duduk di hadapan Rasulullah.
Maka bertanya Nabi
S.A.W. kepada ibu Al-Qoah, “ Terangkan kepadaku perkara yang sebenar tentang
Al-Qomah. Jika kamu berdusta nescaya akan turun wahyu kepadaku.” Berkata Nabi
lagi, “ Bagaimana keadaan Al-Qomah?”
Jawab ibunya,
Al-Qomah sangat rajin beribadat. Dia sembahyang, berpuasa dan sangat suka
bersedekah dengan tidak terhingga banyaknya.”
Tanya Rasulullah
lagi, “ Bagaimana hubungan kamu dengannya?” Jawab si ibu, “ Aku murka
kepadanya.” Lalu Rasulullah bertanya, “ Mengapa?” Jawab ibu tersebut, “ Kerana
dia lebih mengutamakan isterinya daripada aku dan menurut kata-kata isterinya sehingga
dia menentangku.” Maka berkata Rasulullah, “ Murka kamu itulah yang telah
mengunci lidahnya dari mengucap La-ilaaha
illallah.”
Kemudian Nabi S.A.W.
menyuruh Bilal mencari kayu api untuk membakar Al-Qomah. Apabila ibu Al-Qomah
mendengar perintah Rasulullah lalu dia bertanya, “ Wahai Rasulullah, kamu
hendak membakar puteraku di depan mataku? Bagaimana hatiku dapat menerimanya.”
Kemudian berkata
Nabi S.A.W. , “ Wahai ibu Al-Qomah, siksa Allah itu lebih berat dan kekal.
Oleh itu, jika kamu mahu Allah mengampunkan dosa anakmu itu, maka hendaklah
kamu mengampuninya. Demi Allah yang jiwaku di tangannya, tidak akan berguna
sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya.”
Maka berkata ibu
Al-Qomah sambil mengangkat kedua tangannya, “ Ya Rasulullah, aku persaksikan
kepada Allah di langit dan engkau, ya Rasulullah, dan mereka yang hadir disini
bahawa aku redha pada anakku Al-Qomah.”
Maka Rasulullah
mengarahkan Bilal pergi melihat Al-Qomah sambil berkata, “ Pergilah kamu, wahai
Bilal, melihat sama ada A-Qomah dapat mengucap La ilaha illallah atau tidak.”
Kata Rasulullah lagi
kepada Bilal, “ Aku khuatir kalau-kalau ibu Al-Qomah mengucapkan itu
semata-mata kerana aku dan bukan dari hatinya.”
Maka apabila Bilal
sampai di rumah Al-Qomah, tiba-tiba terdengar suara Al-Qomah menyebut , “ La
ilaha illallah.”
Lalu Bilal masuk
sambil berkata, “ Wahai semua orang yang berada disini, ketahuilah sesungguhnya
murka ibunya telah menghalang Al-Qomah dari dapat mengucap kalimah La ilaha
illallah. Kerana redha ibunyalah maka Al-Qomah dapat menyebut kalimah syahadat.”
Maka matilah A-Qomah sebaik saja selepas dia mengucap.
Maka Rasulullah
S.A.W. pun sampai di rumah Al-Qomah sambil berkata,” Segeralah mandi dan
kafankan.” Lalu disembahyangkan oleh Nabi S.A.W.
SUMBER ---- http://hani51.blogspot.com/