KISAH NABI MUSA DENGAN SEORANG FAKIR.

Di zaman Nabi Musa ada seorang kaya yang sentiasa menolong orang termasuk nabi Musa sendiri. Lalu Nabi Musa bertanya kepadanya tentang apa yang boleh dilakukan untuknya (sebagai menghargai pertolongannya). Orang kaya itu mengatakan bahawa dia sudah memiliki apa yang diingini, cuma yang belum dimiliki ialah seorang anak lelaki bagi mewarisi kekayaannya.
Lalu Nabi Musa bermunajat (berdoa kepada Allah) di Bukit Thur bagi memohon hajat orang kaya tersebut. Lalu Allah s.w.t. memberi jawaban, “Ia belum tertulis di Loh Mahfuz”. Setelah mendengar jawaban itu, nabi Musa kembali memberitahu orang kaya tersebut, dan dia redha dan akur dengannya.

Selepas itu, datang seorang fakir meminta sedekah dari orang kaya itu. Setelah diberi bantuan, fakir itu bertanya tentang apa yang boleh dilakukan untuknya (sebagai menghargai pertolongannya). Orang kaya itu menyatakan hajat yang sama, iaitu seorang anak lelaki. Lalu fakir itu berdoa sambil menyapu sampah dijalanan denagan tongkatnya supaya Allah memperkenankan permintaan orang kaya itu. 

9 bulan selepas itu makbullah permintaan fakir tadi, orang kaya itu mendapat seorang anak lelaki. Nabi Musa merasa hairan, lalu bertanya kepada Allah bagaimana perkara itu boleh berlaku sedangkan ianya belum tertulis di Loh Mahfuz. Sebelum menjawab soalan itu, Allah menyuruh Nabi Musa pergi mencari daging manusia (orang yang sanggup memotong dagingnya sendiri dan memberinya kepada Allah).

Lalu Nabi Musa pergi berjalan mencari orang yang sanggup memotong dagingnya sendiri untuk Allah. Semuanya tidak sanggup dengan memberi alasan masing-masing. Akhirnya bertemulah Nabi Musa dengan fakir tadi. “Duduklah wahai Nabi Allah” kata fakir itu, lalu diletakkan beg galas Nabi Musa. Setelah dinyatakan hajatnya kepada fakir itu, dia berkata 

Kalau tuhan mahu, takkan kita tak boleh bagi, ambillah dagingku”. Diambil pisau dari beg Nabi Musa, lalu dipotong daging dari paha kanan dan paha kirinya.

Setelah mendapat daging itu Nabi Musa kembali menghadap Allah s.w.t dan menceritakan perkara tersebut. Maka jawab Allah, kalau orang itu sanggup memberi kerana aku, bagaimana aku hendak menolak permintaannya (doanya agar orang kaya itu diberikan anak lelaki). Doa fakir itu telah dimakbulkan dan Allah telah mengubah apa yang tertulis di Loh Mahfuz, seperti mana firman Allah, “yam hullah huma yasa’:

Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya…
Fakir itu telah menjadikan dirinya “hak Allah“. Dalam satu hadith, nabi s.a.w bersabda “Siapa jadi hak Allah, Allah jadi haknya  
kisah Rabiah dari Basrah.

SUMBER --- http://nasbunnuraini.wordpress.com/
Ranking: 5
 
© Kisah Teladan Di Zaman Nabi All Rights Reserved