Orang tua itu merasa hairan lalu bertanya kepada anak kecil itu, "Wahai anak 
kecil kenapa kamu menangis?"
Anak kecil itu melihat orang tua itu seraya berkata, "Wahai pak cik saya telah membaca ayat al-Quran 
sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu 
anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu 
sekalian akan dirimu." Saya menangis disebabkan kerana terlalu takut akan azab api neraka."
Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu 
terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah 
pak cik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka 
akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka 
letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu 
sebelum dibakar orang dewasa."





