Doa Saad Bin Abi Waqas Yang Begitu Mustajab.

Google Image
Saiyidina Saad Bin Abi Waqas adalah salah seorang sahabat Nabi Rasulullah s.a.w yang telah dijamin untuk memasuki syurga. Saad telah dilantik menjadi Gabenor islam di Kufah semasa pemerintahan Saiyidina Umar Bin Al-Khattab.

Saad memerintah dengan begitu adil, jujur dan bijaksana. Namun begitu masih ada segelintir golongan yang tidak berpuas dan berasa tidak senang dengannya. Mereka telah segera mengadu kepada Saiyidina Umar dan mengatakan Saad tidak sesuai untuk menjadi imam sembahyang kerana sembahyangnya tidak sama dengan sembahyang yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Saad telah dipanggil menghadap Amirul Mukminin Saiyidina Umar. Saad telah ditanya mengenai hal ini.

Lalu Saad menjawab:

"Aku meminpin mereka sembahyang sesuai dengan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Aku tidak menambah atau mengurangkannya. Pada rakaat pertama (maksudnya membaca surah selepas Al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua) dan pada rakaat terakhir aku ringkaskan bacaannnya (tidak membaca surah)."

Jawapan Saad Bin Abi Waqas itu tidak terus diterima oleh Saiyidina Umar tanpa menyiasat terlebih dahulu. Saiyidina Umar telah menghantar beberapa perisik untuk pergi menyiasat sendiri keadaan di Kufah.

Mereka telah menemui penduduk Kufah sambil bertanyakan perihal tentang pemerintahan Saad. Rata-rata memberikan jawapan yang begitu baik dan memuji kepimpinan Saad Bin Abi Waqas.

Di salah sebuah masjid, mereka telah bertemu dan bertanya pula kepada seorang lelaki bernama Abu Sa'dah tentang pemerintahan Abi Waqas . Abu Sa'dah telah berkata:

"Jika kamu bertanya kepadaku tentang Abi Waqas, aku lihat dia tidak adil apabila menjatuhkan hukuman terhadap orang yang bersengketa. Tidak adil dalam pembahagian harta dan tidak ikut berperang, beliau hanya tahu menyuruh sahaja"

Saad amat terkejut apabila mendengar ada rakyat Kufah yang tergamak menuduhnya begitu. Lalu Saad menadah tangan lalu berdoa kepada Allah. Dalam doanya Saad memohon supaya Allah sendiri yang akan membalas sekiranya orang yang menuduhnya itu benar-benar berdusta.

Allah telah memakbulkan doa Saad dan tidak lama selepas itu Abu Sa'dah telah menjadi buat dan hidupnya terbiar. Jikalau ada sesiapa yang bertanya kepada beliau tentang nasibnya Abu Sa'dah akan menjawab:

"Aku ini adalah seorang tua yang hidup melarat dan aku juga telah terkena doa dari Saad."

Wallahualam.... 

Sumber Buku Tulang Ikan Berbisa
Penulis : Zuraimi Ismail
Ranking: 5
 
© Kisah Teladan Di Zaman Nabi All Rights Reserved