Kisah Nabi Ibrahim Bertemu Malaikat Izrail.

Nabi Ibrahim mempunyai sebuah rumah kecil yang khas digunakannya untuk beribadat kepada Allah. Apabila hendak keluar, rumah itu akan dikunci supaya tiada sesiapa pun yang boleh masuk dan merosakkan rumah ibadatnya itu. Bagaimanapun, suatu hari Nabi Ibrahim terkejut kerana sebaik memasuki rumahnya itu, didapati ada seorang lelaki di dalamnya.

"Siapa kamu yang berani menceroboh rumahku?" tanya Nabi Ibrahim.

"Aku dimasukkan ke dalam rumah ini oleh tuan empunya rumah ini," jawab lelaki itu ringkas.

Nabi Ibrahim terdiam. Dia mula terfikir sesuatu. "Katakan padaku, adakah kamu ini malaikat?"

Lelaki tersebut menjawab pertanyaannya, "Ya... aku adalah malaikat. Malaikat Maut!"

Lantas Nabi Ibrahim bertanya, "Kalau begitu, bolehkah kamu tunjukkan kepadaku akan keadaan rupa wajahmu apabila kamu hendak mencabut nyawa orang mukmin?"

Berkata malaikat maut, "Berpalinglah kamu daripadaku buat seketika."
Nabi Ibrahim pun memalingkan mukanya. Beberapa ketika kemudian memandang malaikat maut kembali. Alangkah terperanjatnya Nabi Ibrahim apabila melihat keindahan wajah malaikat maut itu. Wajahnya seperti orang muda, sangat tampan, memakai kain yang cukup cantik dan disaluti bau yang harum semerbak.

Kata Nabi Ibrahim, "Wahai malaikat maut, jikalau orang mukmin hanya dapat menatap wajahmu saja sebelum mereka mati, maka itu pun sudah cukup bagi mereka.

Suatu hari Nabi Ibrahim didatangi oleh malaikat maut. Nabi Ibrahim bertanya kepada Izrail adakah malaikat maut itu boleh memperlihatkan wajahnya. Dia ingin benar melihat wajah malaikat yang paling ditakuti oleh seluruh makhluk Allah itu.

"Wahai Ibrahim, kalau itu yang engkau minta, aku sedia melakukannya," jawab Izrail.

Apabila sudah mendapat keizinan, Nabi Ibrahim bertanya lagi, "Aku minta padamu Izrail, bolehkah kau tunjukkan rupamu ketika mencabut nyawa orang yang ingkar pada perintah Allah dan berbuat zalim?"

Jawab Izrail, "Wahai Ibrahim, kini kamu berpalinglah daripada melihatku buat seketika."

Lalu Nabi Ibrahim pun memalingkan mukanya. Seketika kemudian Nabi Ibrahim memandang kembali ke arah malaikat maut. Seketika itu juga Nabi Ibrahim melihat suatu lembaga berbentuk lelaki hitam dan rambunya keriting. Dari mulut dan lubang hidung malaikat maut itu keluar lidah api yang menjulang-julang serta asap yang bergulung-gulung.

Apabila melihat keadaan malaikat maut yang mengerikan itu, Nabi Ibrahim terus jatuh dan pengsan. Setelah Nabi Ibrahim sedar semula, Izrail pun kembali menunjukkan wajahnya yang cantik dan bersinar-sinar.

Berkata Nabi Ibrahim, "Wahai malaikat maut, kalaulah orang yang zalim itu melihat mukamu sebelum mereka mati, maka itu pun sudah memadai untuk membuat mereka bertaubat kepada Allah."


Adakah kita semua telah bersedia untuk bertemu Malaikat Izrail? 

SUMBER

7 Golongan Iblis Datang Mengganggu Ketika Menghadapi Sakaratul Maut

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1

Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 2

Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 3

Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.


Rombongan 4

Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5

Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6

Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata Iblis: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.” Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.” Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
 

Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.” 

SUMBER 

Kisah Sedih Bilal bin Rabah selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Setelah Rasulullah wafat , semua sahabat Rasulullah betul betul rasa kehilangan dan sangat sedih. salah seorang sahabat Rasulullah yang berasa demikian ialah BILAL BIN RABAH r.a.. selepas kewafatan Baginda, Bilal terus berhijrah ke Syam (sekarang SYRIA). Ini gara-gara kerana perasaan beliau yang sangat sedih . Pernah ada suatu hari tu, waktu Saidina Umar Al Khatab jadi pemerintah, bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal ?" dan sahabat menjawab, "Ya Amirul mukminin, Bilal ada di Syam"

Pada suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang macam beri petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di Madinah. Kemudian, Bilal pun berangkat ke Madinah semula. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjumpa para sahabat. Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab ni pun menyuruh Bilal melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak dihujani suara azan Bilal. Tetapi, apakan daya, Bilal menolak permintaan mereka . Para sahabat mengerti akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan azan sepertimana yang pernah beliau laungkan azan untuk Rasulullah waktu dulu. Setiap sudut, setiap ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal.

(Ada satu sumber menyatakan, ketika zaman Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid untuk laungkan azan, Bilal tak pernah lupa untuk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana itu ialah bilik Rasulullah. sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum ke atas menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.)

Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak, datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, iaitu Hasan dan Husin. Mereka berlari lari anak kepada Bilal dan betapa Bilal berasa senang hati dan sejuknya pandangan sehingga Bilal memeluk permata Rasulullah tu erat erat. Diciumnya mereka seperti mana Bilal mencium Rasulullah ketika hidup. Tiba-tiba Hassan dan Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan sepertimana beliau pernah laungkan sewaktu Rasulullah hidup dahulu. Oleh sebabnya kasihnya Bilal kepada Baginda, dan mengenangkan bahawa Hasan dan Husin itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan.

Setelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat kemunculan dengan melaungkan azan buat pertama kalinya setelah kewafatan Rasulullah SAW di Madinah. Apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk Madinah terkejut, semangat dan terus keluar daripada rumah masing masing dan menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal, memang mereka ingat yang Baginda seolah olah hidup kembali.

Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat. Mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya menyebut أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal sebut أشهد أن محمدا رسول الله , Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal ,bertanyakan kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut أشهد أن محمدا رسول الله aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" .

Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan jangkaan mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak betul) mereka terus menangis kerana perasan RINDU YANG TERAMAT SANGAT terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu. Dan diriwayatkan juga, tidak pernah ada kedengaran suara
tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari tersebut.


Adakah kita semua mempunyai perasaan sedemikian seperti Bilal Bin Rabah r.a terhadap Rasulullah? 
Renung2kan bersama.

SUMBER

Kisah Musa Mengambil Mayat Seorang Yahudi Kekasih Allah Di Tempat Pembuangan Sampah.

Gambar Hiasan
Pada zaman Nabi Musa As. ada seorang yang fasik (orang yang suka melakukan maksiat) yang telah meninggal dunia Orang-orang yang berada disekelilingnya enggan memandikan dan menguburnya karena perangai buruk yang sering dia lakukan. Mereka menyeret kakinya dan membuang mayatnya di tempat pembuangan sampah.

Kemudian Allah telah memberikan wahyu kepada Nabi Musa “Wahai Musa, pada suatu perkampungan ada seseorang yang meninggal dunia dan dibuang di tempat pembuangan sampah. Orang itu adalah salah satu dari kekasih-Ku. Tetapi orang-orang disekelilingnya enggan untuk memandikan, mengkafani, dan mengubur beliau. Maka pergilah kamu, kemudian mandikan ia, berikan kafan dan sholatilah ia, setelah itu kuburlah ia…!!!”.

Kemudian Nabi Musa As. pun segera pergi mencari dan menemui penduduk perkampungan tersebut. Beliau bertanya kepada penduduk kampung tersebut tentang mayat seorang laki-laki yang dibuang di tempat pembuangan sampah. Mereka mengatakan bahwa telah meninggal dunia adalah seorang yang mempunyai sifat yang amat buruk.

Beliau adalah orang yang terang-terangan dalam melakukan kefasikan. Nabi Musa berkata “Dimana tempatnya ? karena sesungguhnya Allah telah memberikan wahyu kepadaku tentang orang tersebut.”. Para penduduk kampung pun segera mengantarkan Nabi Musa ke tempat dimana mayat orang tersebut telah dibuang.

Setelah sampai pada tempat pembuangan sampah tersebut, Nabi Musa telah melihat mayat seseorang yang telah dibuang disitu. Penduduk kampung tersebut menerangkan kepada beliau tentang keburukan akhlaq orang itu. Kemudian Nabi Musa bermunajah kepada Allah “Wahai tuhanku, Engkau telah memerintah kepadaku untuk menyolati dan menguburkannya, tetapi para penduduk telah memberi kesaksian buruk terhadapnya. Maka Engkau lebih mengetahui dari pada mereka atas kebaikan dan keburukannya !!!”.

Kemudian Allah memberikan wahyu kepada Nabi Musa “Wahai Musa, benar apa yang telah diceritakan para penduduk atas keburukan tentangnya. Tetapi ia telah memohon pertolongan kepada-Ku dengan tiga perkara saat menjelang kematiannya. Jikalau semua para pendosa meminta kepadaku dengan tiga perkara tersebut, niscaya aku akan memberikannya, sedangkan ia hanya meminta seorang diri. Dan Aku adalah dzat yang lebih pengasih dari semua orang yang pengasih…!!!”.

Nabi Musa pun bertanya “Wahai tuhanku, apa tiga perkara tersebut ???”. Allah pun berkata “Ketika telah dekat waktu kematiannya, ia berdo’a “Wahai tuhanku, Engkau mengetahui tentangku. Sungguh aku telah melakukan maksiat, sedangkan di dalam hatiku membenci melakukannya. Tetapi telah menyatu tiga perkara sehingga aku melakukan maksiat sedangkan hatiku membencinya, iaitu hawa nafsu, kawan yang buruk, dan iblis laknatullah dan tiga perkara ini yang menjadikan aku senang melakukan maksiat.

Wahai tuhanku, sesungguhnya Engkau mengetahui tentangku atas apa yang telah aku ucapkan, maka ampunilah aku !!!”. Kedua, ia berdoa “Wahai tuhanku, sesungguhnya Engkau mengetahui aku melakukan maksiat dan tempatku bersama orang-orang fasik. Tetapi aku senang bergaul dengan orang-orang yang sholeh, dan tempatku bersama orang-orang sholeh lebih aku sukai dari pada bersama orang-orang fasik !!!”.

Ketiga ia berdoa “Wahai tuhanku, Engkau mengetahui bahwa aku lebih suka bersama dengan orang-orang yang sholeh daripada bersama orang-orang yang fasik, sehingga jika aku bertemu dengan dua orang, seorang yang sholeh dan seorang pembual, maka aku akan mendahulukan kepentingan seorang yang sholeh daripada seorang pembual.

Wahai tuhanku, jika Engkau memaafkan dan mengampuni dosa-dosaku, maka para kekasih dan para nabi-Mu akan turut senang, sedangkan syaitan musuhku dan mush-Mu akan bersedih kerenanya. Tetapi jika engkau menyiksaku, maka syaitan beserta kawan-kawannya akan turut senang, sedangkan para nabi dan kekasih-Mu akan bersedih.

Sesungguhnya aku mengetahui bahwa kegembiraan para kekasih-Mu lebih Engkau cintai daripada kegembiraan syaitan dan kawan-kawannya, maka ampunilah aku !!!

"Ya Allah, sesungguhnya engkau mengetahui atas apa yang telah aku ucapkan, maka ampunilah aku dan kasihanilah aku”.

Kemudian Aku mengasihani dan mengampuninya karena sesungguhnya Aku adalah dzat yang penyayang dan pengasih bagi orang yang mengakui dosa-dosanya dihadapan-Ku. Dan orang ini telah mengakui dosanya, maka aku mengampuni dan mengasihaninya.

Wahai Musa, lakukan apa yang telah aku perintah kerana sesungguhnya demi menghormatinya, aku mengampuni orang yang mahu menyolati dan mengubur jenazahnya !!!”.

Kemudian Nabi Musa beserta segenap penduduk kampung memandikan, memberi kafan dan menyembahyangkan serta menguburkan jenazah orang tersebut, berharap mereka semua akan mendapat keampunan dari Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Wallahualam..
 
© Kisah Teladan Di Zaman Nabi All Rights Reserved